Skip to main content

Badminton

Harapnya isu ini tidak berulang -- Jurulatih Cheah Liek Hou

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nova.jpg
Jurulatih badminton para negara, Nova Armada, mengakui isu ganjaran yang masih belum selesai melibatkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sedikit sebanyak memberi kesan kepada aksi di Beijing minggu lalu, walaupun anak buahnya berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu gangsa.

"Dia kalah bukan kerana permainannya. Aksinya sedikit terganggu dan saya tidak berani bercakap banyak dengannya. 

"Saya hanya fikir, mudah-mudahan dia dapat menanganinya dan cepat selesaikan perkara itu," katanya di Nadi Arena.

Nova turut senada dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bahawa seorang atlet yang telah berkorban demi negara tidak wajar dihalang atau disisihkan daripada mana-mana kejohanan besar. 

Liek Hou sebelum ini menyumbang dua pingat emas berturut-turut dalam Sukan Paralimpik Tokyo dan Paris, selain pelbagai kejayaan lain di peringkat dunia.

"Sepatutnya boleh duduk dan berbincang bukan seperti sebelum ini. Liek Hou juga tidak berniat apa-apa.

"Kita berterima kasih kepada menteri dan MSN," tambahnya.

Selepas ini, Pemain nombor satu dunia itu akan fokus kepada persiapan Sukan Para Asia Tenggara (ASEAN) di Thailand pada Januari, diikuti Kejuaraan Dunia di Bahrain pada Februari, dan Kejohanan Asia di Jepun, Oktober depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video