Berita duka mengenai insiden kecelakaan yang menempuh bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Tegasnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum mendapat perkembangan terkini dari Sydney, Australia tetapi dia menyeru agar semua rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kondisi jurulatih berusia 58 tahun itu.
Terdahulu, Tat Meng dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal.
Menurut laporan, dua buah motosikal bertembung di Putty Road, Garland Valley dan salah seorang penunggang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bagi pihak Malaysia dan seluruh warga sukan, kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Tat Meng.
"Saya belum menerima perkembangan terkini.
"Saya tahu dia telah berhenti menjadi jurulatih demi minatnya terhadap permotoran.
"Semoga dia cepat sembuh," katanya di Nadi Arena.