Skip to main content

Badminton

Hannah puji usaha syarikat swasta beri pemain badminton cilik platform

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hananh_1.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memuji usaha yang dilakukan syarikat swasta iaitu Daikin menerusi penganjuran Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2025 edisi ketujuh yang secara rasmi melabuhkan tirainya sambil memegang status sebagai salah satu kejohanan memfokuskan pembangunan akar umbi. 

Dia turut menekankan betapa pentingnya sokongan sektor korporat dalam memperkukuh ekosistem sukan negara dan memberi peluang kepada atlet muda untuk bersinar di pentas antarabangsa.





Untuk rekod, seramai 1500 penyertaan dari 10 negara menggamatkan platform pemain muda di dalam dan di luar negara dalam menimba pengalaman.

"Jika anda lihat pada jumlah penyertaan maka anda akan lihat bahawa sukan badminton tidak boleh lari sebagai sukan popular di Malaysia.

"Ini adalah bagi memastikan pemain muda boleh bersaing dan terus kekal kompetitif." katanya.

Advertisement

Must Watch Video