Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Mazri, kini berada di tahap 90 peratus pulih daripada kecederaan paha kiri.
Jika tiada masalah, dia dijangka akan kembali ke gelanggang dalam Kejohanan Terbuka Taiwan bulan depan.
Fokus utamanya adalah untuk memperkuatkan semula gandingannya dengan Choong Hon Jian dan memperbaiki ranking dunia yang kian merosot.
Dia juga mengakui ralat apabila kecederaan yang dialaminya itu membuatkan pasangannya berada dalam situasi tertunggu-tunggu untuk tempoh panjang.
"Setakat ini Alhamdulillah, saya rasa semakin pulih," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Memang belum sampai 100 peratus lagi, mungkin dalam 90 peratus (pulih).
"Kejohanan pertama saya bulan depan dan saya ada sebulan lagi untuk melakukan persiapan sebelum ke Taiwan.
"Buat masa sekarang, saya perlu berikan sesuatu yang lebih untuk kembali mendapatkan rentak kerana kejohanan bukan di Taiwan sahaja, saya ada tiga kejohanan berturut-turut.
"Saya rasa dalam tempoh sebulan ini saya perlu berlatih 100 peratus.
"Hon Jian tetap berlatih seperti biasa, jadi dia memberikan saya semangat untuk kembali," katanya.