Skip to main content

Badminton

Goh Liu Ying ada pesanan penting buat gandingan 'Little Gangster'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liu-ying.jpg
Pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying, menyifatkan gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, perlu meningkatkan lagi tahap komunikasi bagi memastikan mereka mampu konsisten untuk terus bermain di pentas tertinggi.

Jelasnya, gandingan tersebut perlu menukar strategi jika berdepan lawan tertentu memandangkan corak permainan mereka semakin diketahui lawan.

Lebih-lebih lagi ketika berdepan mata-mata penting, Tang Jie-Ee Wei perlu tenang dan bertindak secara bijak bagi memastikan kelebihan kekal menjadi milik mereka sehingga mencetak mata kemenangan.

Secara keseluruhan pasangan tersebut menunjukkan peningkatan bermula di Terbuka Singapura sebelum melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia, namun banyak kerja rumah perlu dilakukan dalam usaha untuk terus memantapkan prestasi keduanya khasnya selepas mereka sah tersenarai dalam Program RTG.

Tugas besar tentunya menanti.

"Mereka telah lama bermain di pentas antarabangsa. Corak permainan mereka sudah mula dibaca lawan. Saya percaya mereka perlu bermain dengan lebih matang dan mengelak daripada melakukan kesilapan," katanya menerusi Nadi Arena.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video