Skip to main content

Badminton

Final Terbuka Thailand: Siaran langsung (live streaming) Aaron Chia-Soh Wooi Yik buru gelaran kedua!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bakal turun bagi memburu gelaran kedua tahun ini dalam perlawanan final Terbuka Thailand 2025 yang berstatus Super 500 itu di Stadium Nimibutr, sebentar lagi.

Wakil negara yang baru dinobatkan selaku Olahragawan Kebangsaan merupakan pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan lawan dari Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, yang kini menduduki ranking ke-74 dunia.

Sebelum ini, Aaron Chia-Wooi Yik meraih gelaran pertama di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025.

Sekiranya mereka berjaya mengesahkan status selaku juara, semestinya ia akan menjadi tonik tambahan buat mereka yang bakal menyertai Masters Malaysia minggu depan.

Saksikan secara langsung (live streaming) aksi negara yang akan berlangsung hari ini.

Tarikh: 18 Mei 2024, Ahad 
Masa: Bermula 1 petang
Saluran: Astro Badminton CH815, Astro Go & Sooka


Untuk mendapatkan perkembangan terkini Kejohanan Badminton, Terbuka Thailand layari https://stadiumastro.com/livescore/badminton


 

Advertisement

Must Watch Video