Skip to main content

Badminton

Final Masters China: Pang Ron-Su Yin hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pang-roon.jpg
Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, sebentar tadi.

Wakil muda negara bermula dengan langkah kanan dalam awal set pertama selepas mendahului dengan jurang enam mata dengan kedudukan 13-7. 






Namun, beberapa kesilapan mudah pasangan muda negara itu memberikan kelebihan buat wakil tuan rumah itu untuk kembali menyamakan kedudukan tetapi ketajaman Pang Ron-Su Yin memastikan mereka meraih kemenangan 23-21 dalam set pertama.





Walaupun, wakil negara di ranking ke-23 dunia itu mempunyai peluang untuk menoktahkan kemenangan dalam set kedua selepas mendahului 22-21, tetapi mereka terpaksa akur apabila tewas 23-25 kepada pilihan pertama kejohanan itu untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Pang Ron-Su Yin cuba untuk bangkit dalam pada pertengahan set penentuan walaupun ketinggalan 5-10, tetapi wakil negara sukar menafikan pengalaman dimiliki Yan Zhe-Dong Ping selaku beregu campuran nombor dunia apabila tewas 16-21 dalam tempoh 1 jam 33 minit secara keseluruhan dalam kejohanan berstatus Super 750 itu.

Advertisement

Must Watch Video