Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, memulakan aksi Kumpulan A, Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF dengan langkah kiri apabila tewas kepada gandingan pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, di Hangzhou sebentar tadi.
Turun selaku pilihan keempat, wakil negara itu bermula baik mendahului 8-3 pada awal set pertama tetapi mereka kemudian membenarkan lawan mendahului 10-8 sebelum akur tewas 21-18.
Dalam set kedua, Sze Fei dan Nur Izzuddin, sentiasa ketinggalan tetapi sebaik berada di mata 12-16, mereka meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang 21-16, sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Bagaimanapun, Sze Fei dalam set ketiga mengalami kekejangan otot dan tidak dibenarkan menerima semburan sejuk dan masalah itu jelas mengganggu rentak pasangan negara berkenaan untuk akur dengan kekalahan 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 74 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu gendingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, bagi aksi kedua esok.
Muzaffar Musa
Wed Dec 11 2024