Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke separuh akhir

Ammar Hakim
Disember 13, 2024 18:22 MYT
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final susulan melakar kemenangan ke atas juara Sukan Olimpik Tokyo dan Paris sebentar tadi.
Sze Fei-Izzuddin berjaya menghidupkan peluang untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF tamat apabila menewaskan wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan semalam.
Sze Fei dan Nur Izuddin tewas 18-21, 21-16, 14-21 kepada pilihan utama dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dalam aksi pembukaan, dan bakal melengkapkan aksi kumpulan bertemu juara Sukan Olimpik berganda, Lee Yang-Wang Chilin.
Menyedari talian hayat hanya bergantung dalam perlawanan ini, FeiDin berusaha untuk bersaing dengan beregu yang cukup berpengalaman beraksi dalam kejohanan utama itu.
Ketinggalan 11-13 di awal permainan, mereka mengorak langkah demi langkah memburu mata sehingga berjaya mengikat kedudukan sehingga berjaya mendahului 18-17.
Kedua-dua pasangan enggan menyerah sebelum FeiDin berjaya menoktahkan kemenangan set pertama 23-22.
Sze Fei-Izzuddin menggunakan momentum kemenangan set pertama sebagai motivasi mereka untuk memburu kemenangan set kedua, dan ia cukup berhasil apabila mendahului 9-3 pada satu ketika.
Mendahului 11-7 di interval, FeiDin kelihatan lebih bertenaga untuk menoktahkan permainan dan mereka memastikan slot ke separuh akhir apabila menang 21-12.
#badminton #Goh Sze Fei #Nur Izzuddin Rumsani
;