BADMINTON
Final Jelajah Dunia BWF: Layak ke separuh akhir, tewaskan beregu campuran nombor satu China -- Goh Liu Ying kepada Tang Jie-Ee Wei
Olimpian negara, Goh Liu Ying, meletakkan kepercayaan penuh kepada beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mara ke separuh akhir Final Jelajah Dunia BWF yang akan bermula di Hangzhou, esok.
Sekiranya mereka berjaya membuktikan perkara tersebut, peluang bertemu wakil terkuat China, Zheng Si wei-Huang Ya Qiong, bakal menjadi kenyataan.
Gandingan ranking kelapan dunia itu mempunyai masa terbaik untuk membalas dendam ke atas pasangan China selepas empat pertemuan berakhir dengan kekalahan, sebelum ini.Selamat berjuang kepada skuad ?? di #BWFWorldTourFinals! #GemilangkanLagi #Hangzhou2024 #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/ioiRwgaHDZ— BAM (@BA_Malaysia) December 7, 2024
Iklan
"Secara jujurnya, kalau boleh mahu wakil negara meleyapkan harapan beregu China tersebut.
"Meskipun pernah tewas, tetapi Tang Jie-Ee Wei masih mempunyai kelebihan daripada segi umur dan kepantasan. Tetapi mereka mahu memberikan sepenuhnya kerana bermain di tempat sendiri.
"Bukan mudah untuk menewaskan mereka," katanya di Nadi Arena.
Must-Watch Video