Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, melakar kemenangan pertama dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Wakil negara tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam aksi straight set 21-14,21-14 dalam tempoh 34 minit secara keseluruhan.
Soon Huat-Shevon Lai memanfaatkan pengalamannya sebaik mungkin untuk melakar kemenangan dalam set pertama selepas mendahului lawan dari Jepun itu dengan jurang lapan mata untuk kedudukan 14-6.
Rentak itu dinoktahkan terus dengan kemenangan 21-14 dalam tempoh 16 minit.
Cubaan Midorikawa-Saito untuk bangkit dalam set kedua untuk mengheret wakil negara ke set penentuan tidak berjaya selepas terpaksa akur ditewaskan pasangan negara 21-14.
Goh Soon Huat-Shevon Lai kini telah mengumpul satu kemenangan dan satu kali tewas dalam saingan peringkat kumpulan dan akan meneruskan cabaran berdepan lawan dari Indonesia esok.

RESULTS: #BWFWorldTourFinals
— BAM (@BA_Malaysia) December 12, 2024
XD | Group B | Matchday 2#MAS ?? Goh Soon Huat-Shevon Lai def. #JPN?? Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-14 21-14
⏱️35 m#GemilangkanLagi#Hangzhou2024#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/4S2rkHXMjH