Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng, sebentar tadi.

Zii Jia hanya memerlukan beberapa mata sahaja lagi sehinggalah mengalami kecederaan yang tidak diingini.

Ia menjejaskan pergerakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu dan meminta pengadil untuk menarik diri daripada perlawanan.

Ini bermakna kemenangan yang diperoleh menerusi dua perlawanan terdahulu dibatalkan sekaligus slot Zii Jia ke separuh akhir dibatalkan.

Pihak Stadium Astro masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan keterangan lanjut.