Final Jelajah Dunia BWF: Cabaran Taiwan tidak boleh diremehkan

Shaiful Shamsudin
Disember 1, 2024 19:51 MYT
Bintang badminton beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik, mengakui gembira apabila proses pemulihan kecederaan tulang kaki kanannya berjalan seperti yang diharapkan.
Jelas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, persiapannya dan Aaron Chia menjelang Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, pada minggu depan juga berjalan lancar, namun memerlukan sedikit masa untuk kembali mendapat rentak sebenar di gelanggang.
Wooi Yik turut berkongsi bahawa cabaran utama menanti mereka menerusi gandingan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang kini menghuni ranking ke-13 dunia.
"Kami akan berdepan cabaran hebat.
"Sekiranya pemain Taiwan di tahap keyakinan tinggi, mereka mampu mencabar mana-mana kejohanan utama.
"Selain China, Jepun dan Korea Selatan, kita harus menganggap Taiwan kini merupakan pencabar utama," katanya.
#badminton #Final Jelajah Dunia BWF
;