Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima

Shaiful Shamsudin
November 23, 2024 16:54 MYT
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Aaron-Wooi Yik terlepas untuk mengesahkan tempat lebih awal berikutan terkandas dalam suku akhir Masters China kepada wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, malam tadi, namun pencabar terdekat, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, turut tersungkur sekali gus gagal menggugat kedudukan gandingan kebangsaan itu.
BWF dalam ciapan di laman X sebentar tadi mengesahkan Aaron-Wooi Yik dan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, melengkapkan senarai lapan beregu yang akan beraksi dalam pusingan akhir kelak.

The last 2⃣ #HSBCRaceToFinals men's doubles spots taken! ?????#Hangzhou2024 #BWFWorldTourFinals pic.twitter.com/BZrmLEdYTG

— BWF (@bwfmedia) November 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron-Wooi Yik yang akan membuat penampilan kelima kejohanan itu akan mengiringi rakan senegara di bahagian profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani,
Malaysia akan mempertaruhkan enam wakil termasuk beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, sementara Pearly Tan-M Thinaah, akan bersaing dalam beregu wanita dan perseorangan profesional, Lee Zii Jia.
#badminton
;