Skip to main content

Badminton

Fie Cho-Jing Yi semakin serasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17717fiechojingyi.jpg
Usaha beregu wanita dalam meramaikan kelompok gandingan berkualiti kini boleh memberikan tumpuan kepada gandingan Song Fie Cho dan Tee Jing Yi.

Dalam tempoh masa singkat digandingkan bersama, kejuaraan Siri Antarabangsa Terbuka Malaysia minggu lalu adalah yang kedua buat mereka selepas merangkual kejuaraan Siri Antarabangsa Terbuka Indonesia pada bulan Mei.

Dinamik pasangan ini cukup berbeza -- Fie Cho bekas juara Sukan SEA yang sedang kembali daripada kecederaan lutut serius sementara Jing Yi masih menyesuaikan diri selepas berhijrah daripada aksi perseorangan.

"Persembahan saya dilihat semakin baik selepas pulih daripada kecederaan," kata Fie Cho.

"Saya sangat gembira apabila berjaya bermain dengan baik bersama gandingan saya dalam acara beregu serta layak dalam beberapa perlawanan final. Ia merupakan sasaran saya untuk terus melakar kejayaan dan berharap dapat meneruskan momentum ini," kata Jing Yi.

Advertisement

Must Watch Video