BADMINTON
Fie Cho anggap keputusan Amelia tinggalkan BAM relevan
Pemain beregu wanita negara, Soong Fie Cho, menganggap keputusan yang dibuat oleh bekas pasangannya, Amelia Alicia Anscelly, untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai relevan.
Fie Choo tidak menyembunyikan perasaan kecewa saat mengetahui keputusan Amelia yang ingin membawa haluan sendiri.
Mengambil kira situasi yang dihadapi oleh pemain berusia 29 tahun itu yang kerap kali bertukar pasangan sehingga menjejaskan prestasinya, Fie Choo menyifatkan Amelia pasti sudah serik sehingga keluar daripada badan induk itu.
Iklan
Meskipun pernah meraih pingat emas Sukan SEA 2015, Fie Cho tidak berasakan mereka mampu bergandingan sekali lagi dan percaya Amelia pasti ada perancangan sendiri selepas ini.
"Agak tidak adil buat dirinya kerana Amelia banyak memberikan yang terbaik tetapi sering bertukar pasangan, mungkin perkara itu mengecewakan dia," kata Fie Cho.
Fie Cho yang semakin pulih daripada kecederaan lutut, kini bergandingan bersama bekas pemain perseorangan, Tee Jing Yi.
Tiada masalah daripada segi keserasian sambil menyifatkan teknik permainan Jing Yi juga seakan-akan mirip Amelia.
"Gaya permainan permainan Jing Yi sama seperti Amelia. Saya tidak meletakkan sasaran tinggi di Sukan SEA, saya mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan terlebih dahulu."
Must-Watch Video