Faisal Halim tak tunggu lama kotakan janji hadiahkan motosikal kepada peminat

Shaiful Shamsudin
Januari 28, 2024 20:56 MYT
Lincah di padang, juga ligat di luar padang.
Begitulah Faisal Halim yang mengotakan janjinya -- kurang 48 jam tiba di tanah air -- untuk menghadiahkan seorang penyokong Harimau Malaya sebuah motosikal.
Derrick Gan mencuri tumpuan selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua pasukan negara ketika perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis lalu.
Rupa-rupanya, dia sanggup melepaskan motosikalnya bagi mencari dana ke temasya di Qatar dan ia mencuri perhatian penyerang kebangsaan dan penajanya, Blast, itu untuk meraikan peminat.
Kebetulan pula hari jadi Derrick, memang tuah badanlah dan disambut dengan kejutan di Studio Nadi Weekend.
"Ketika di dalam bas, kami memang terharu bila tengok peminat menangis. Masa itu kami tidak tahu lagi dia jual motosikal.

@faisalhalim_7 bagi surprise dekat Derrick Gan! ? Moto ke-2 ?#NadiWeekend pic.twitter.com/9IPyuiefDQ

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sampai tahap macam itu untuk datang sokong Malaysia.
"Walaupun kami berikan perlawanan terakhir dengan persembahan terbaik, belum tentu dapat motosikal dia balik.
"Sebelum pulang ke tanah air, saya sudah membuat keputusan dan hubungi Blast.
"Sekurang-kurangnya peminat mendoakan kami lebih berjaya pada masa depan," kata Faisal yang turut ditemani Pengurus Besar Blast Active, Kanumbu Agussalim, di Nadi Weekend sebentar tadi.
#Harimau Malaya #Piala Asia #Faisal Halim
;