Empat atlet profesional badminton negara iaitu gandingan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai dan beregu lelaki iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disahkan menyertai Program Road To Gold (RTG) semalam.
Perkara itu dikongsikan Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, menerusi laman Facebooknya hari ini.
Penyertaan empat pemain itu bukan sahaja bagi melayakkan diri ke pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti, malah bagi menghadirkan kilauan emas pertama negara di temasya itu.
"Pada 18 Jun 2025, empat atlet badminton profesional -Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Soon Huat dan Shevon Lai mengikrarkan komitmen mereka terhadap Program Road To Gold (RTG) untuk kitaran tahun 2025.
"Menerusi RTG, empat pemain ini kini akan menerima sokongan berkaitan prestasi yang meluas kerana menyasarkan bukan sahaja layak ke Sukan Olimpik 2028, tetapi juga mencipta sejarah untuk Malaysia di Los Angeles.
"RTG sentiasa menyokong atlet yang memenuhi kriteria program dan kami berharap sokongan tambahan ini akan memacu mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan tahun ini." katanya.