Skip to main content

Badminton

EKSKLUSIF: Rexy kongsi rahsia kejayaan Anders Antonsen, pemain negara wajar contohi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anders-antonsen.jpg
Ketika saya berada di Setia City Convention Centre (SCCC), Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, sempat berkongsi antara rahsia kejayaan pemain perseorangan Denmark, Anders Antonsen, yang menjulang dua kejuaraan berturut-turut, iaitu Terbuka Malaysia dan Masters Indonesia.

Beliau menjelaskan pemain tersebut hanya tidur lima jam setiap hari, namun berjaya mempamerkan aksi memukau ketika berada di dalam gelanggang. 

Apa yang mampu kita pelajari untuk diterapkan kepada pemain kita?

Bukan hendak menyuruh mereka tidur hanya lima jam tetapi Rexy harap pemain mempamerkan mutu permainan yang lebih mantap tatkala berada di gelanggang dan kurang merungut atau memberi alasan.

“Hari itu saya ada bicara sama Anders, dia bilang dia hanya tidur lima jam sahaja. Tidur lima jam tapi bisa menang kejohanan ini.

“Ini antara yang pemain kita perlu lihat dari sudut positif. Latihan yang diberikan kepada pemain bukanlah untuk bikin mereka penat tetapi untuk memastikan mereka bisa hadapi tekanan dan ada mentaliti juara," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video