BADMINTON
Daripada pemain badminton negara kepada pempengaruh media sosial
Pemain beregu campuran profesional, Tan Kian Meng, mendedahkan dia akan beralih untuk menjadi pempengaruh media sosial secara sepenuh masa dan akan menceburi bidang perniagaan selepas tamat Kejohanan Seluruh England bulan depan.
Ia akan menjadi kejohanan terakhir pemain berusia 30 tahun itu bersama pasangannya, Lai Pei jing, sebelum menggantungkan raket.
Menurutnya, idea itu tercetus sejak senblan lalu melihat kepada trend pemain badminton memiliki perusahaan sendiri sebaik menamatkan karier sebagai atlet.
Iklan
Tambahnya, dia akan menjadi pengacara di TikTok dan menjadi jurulatih peribadi kepada mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya.
"Saya sudah lama memikirkan apa yang mahu dilakukan selepas bersara kerana bidang kejurulatihan juga sudah ramai yang menceburinya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Jadi, saya mungkin akan mencuba perkara baru seperti bersaingan dalam TikTok Shop. Menjual barangan perayaan atau apa-apa sahaja. Kita akan lihat nanti.
"Saya sudah ada pasukan saya sendiri untuk menjalankannya. Selain itu, saya juga akan menjadi jurulatih peribadi.
"Selepas itu, barulah saya boleh melihat apa yang boleh saya sumbangkan kembali kepada rakyat seperti latihan secara percuma buat yang kurang berkemampuan tetapi saya perlu stabilkan kewangan saya dahulu," katanya.
Must-Watch Video