Skip to main content

Badminton

Dania Sofea kini di ranking ketiga beregu wanita, pertama beregu campuran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

449859753_18028201256161097_3157802382542672865_n.jpg
Pemain badminton muda negara, Dania Sofea kini menghuni ranking ketiga dalam kategori beregu wanita dan ranking pertama beregu campuran dalam carta kedudukan remaja dunia BWF pada minggu ke-33.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran Sofea, Datu Anif Isaac Datu Asrah juga berjaya melonjak kedudukannya ke tangga kedua selepas baru ini berjaya menewaskan lawan senegara di pusingan pertama Cabaran Antarabangsa Malaysia 2025.

Manakala, Low Zi Yu turut cemerlang melonjakkan kedudukan ke ranking ke-3 bersama Sofea di kategori beregu perempuan. Pasangan ini bakal memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Malaysia menentang gandingan Jepun, Yuna Kato dan Hina Osawa di pusingan pertama kejohanan.

 



Baru ini Dania Sofea dan Low Zi Yu berjaya menewaskan gandingan Chinese Taipei di pusingan kelayakan Terbuka Macau 2025, namun tewas kepada gandingan Jepun di pusingan pertama.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video