BADMINTON

Dakwaan atur perlawanan, ini jawapan Tan Kian Meng

Saufi Tahir 27/10/2024 | 00:22 MYT
Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng, menjawab spekulasi dakwaan yang membabitkan dirinya terlibat dalam mengatur sebarang perlawanan.
Dia menafikan dirinya terlibat dalam aktiviti tidak bertanggungjawab itu dengan menjelaskan tujuan utama dia bermain badminton adalah kerana rasa cinta pada sukan itu, demi keluarga dan kariernya.
Menerusi laman Instagram, dia menjelaskan: "Hi Semua, saya ingin menjelaskan bahawa saya bersih, saya tidak terlibat dalam pengaturan perlawanan sepanjang karier badminton saya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika anda mendengar spekulasi mengenai saya, ia bukan perkara yang benar. Terima Kasih.
"Saya bermain badminton kerana saya cinta pada sukan ini, saya bermain untuk keluarga, isteri, negara dan karier saya. Terima kasih di atas sokongan anda semua." katanya.
Dia yang bergandingan bersama Lai Pei Jing sebelum ini menarik diri daripada Kejohanan Kumamoto Japan Masters yang akan berlangsung bulan depan.
Dalam aksi terakhirnya di Terbuka Denmark menyaksikan cabaran beregu campuran di kedudukan ke-15 dunia itu tersekat di pusingan 16 terbaik selepas disingkirkan oleh wakil dari Korea Selatan, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun.
#badminton #Tan Kian Meng
;