Pandemik Covid-19 akhirnya melumpuhkan arena badminton antarabangsa dan memaksa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meggantung penganjuran kesemua kejohanan mereka sehingga 12 April ini, sekali gus menjejaskan pungutan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Pendekatan itu sejajar dengan keadaan semasa wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.
Sebanyak 14 kejohanan akan ditangguhkan, termasuk Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, yang sepatutnya berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil, minggu depan.
"Memandangkan gelombang kedua Covid-19 sedang melanda dan demi mengambil kira keselamatan pemain, pegawai dan penonton, kami rasa ia adalah keputusan yang baik untuk menunda kejohanan ini (Terbuka Malaysia) ke satu tarikh baru yang akan diberitahu kelak," kata Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh.
Kebimbangan utama itu sudah pasti terarah kepada kesihatan dan keselamatan kesemua pemain negara yang berpengkalan di Eropah, terutama yang sedang terlibat dengan Kejohanan Seluruh England di Birmingham ketika ini.
"Kami akan memastikan mereka pulang dengan selamat.
"Saya sudah berhubung dengan (Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong) Choong Hann dan meminta agar mereka pulang ke Malaysia sebaik sahaja tamat Kejohanan Seluruh England.
"Mereka akan pulang dengan segera dan kami akan menilai semula setiap program latihan kami," tambahnya.