Ini kerana dia dan isterinya dijangka bakal menimang cahaya mata pada bulan demi.
"Ketika ini isteri saya masih perlu menjalani pemeriksaan rutin jadi saya perlu menghantarnya ke hospital.
"Tetapi saya sekadar menunggunya di dalam kereta kerana langkah ini lebih selamat.
"Kalau saya ikut masuk, mungkin lebih berisiko," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani.
Bapa kepada tiga anak itu, bagaimanapun, lega tidak begitu tergugat daripada segi penajaan ekoran pandemik itu hingga mendorong Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menggantung semua kejohanan sehingga Julai depan.
"Li Ning sudah berjanji akan terus mengikat kami selama setahun lagi.
"Yang lain-lain pula, mereka pasti tidak senang duduk ketika ini.
"Tetapi saya tidak mahu mengganggu mereka," katanya lagi.