Skip to main content

Badminton

Corak begini tak mungkin boleh kalahkan Indonesia -- Razif Sidek

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razif.jpg
"Mereka harus lebih berani!" 

Perkara itu ditegaskan olimpian badminton negara, Datuk Razif Sidek, mengenai punca kekalahan beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan final Terbuka China, semalam.

Razif berasakan meskipun corak permainan pasangan negara hadir dengan 'explosive play', namun sesekali mereka perlu memberikan fokus dengan corak permainan bertahan juga.

Pengamatan Razif melihat keampuhan beregu lelaki Indonesia menerusi Fajar Alfian yang disifatkan umpama 'ketam' di hadapan jaring, dengan lenggok badan fleksibel untuk mematikan bola dihadapan jaring.

Meskipun kelemahan pasangan dari Indonesia itu menerusi smash yang kurang kencang, namun mereka masih mampu menghadirkan pukulan menjunam yang baik dalam aksi final itu sekali gus menghukum wakil negara.

"Jika mereka sentiasa dengan corak (permainan) begini, tak mungkin boleh kalahkan pemain Indonesia. Cara lain adalah perlu bertahan juga. 

"Mereka perlu membuka permainan, selagi tidak buka selagi itu mereka akan sukar dan sentiasa dalam tekanan. Jika terus tertekan fikiran kan buntu.

"Sepatutnya kita tidak ada masalah daripada aspek pertahanan, cuma serangan wakil Indonesia kurang kuat tetapi tajam.

Pemain kita perlu kedepan berbanding kebelakang, dimana raket akan sentiasa kebawah. Ini masalah." katanya. 

Advertisement

Must Watch Video