Skip to main content

Badminton

Chong Wei lontar pandangan mengenai perseorangan lelaki negara kritikal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chong-wei_1.jpg
"Macam anak baru lahir, nak tunggu berjalan pun ambil masa setahun. Inikan pula nak lahirkan juara dunia."

Demikian menurut bekas perseorangan nombor satu dunia, Datuk Seri Lee Chong Wei, yang meminta kesabaran dalam melahirkan pemain yang mampu mencabar legasinya.

Bahagian perseorangan lelaki negara kini dianggap paling kritikal yang menyaksikan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen, perlu melipat gandakan usahanya. 

Justeru, Chong Wei berharap Jonassen yang baru enam bulan menggalas tugas di Bukit Kiara perlu diberi ruang yang secukupnya. 

“Kita tak boleh harap hasil segera. Ini bukan proses sebulan atau setahun. Sekurang-kurangnya satu penggal, iaitu empat tahun, barulah kita boleh lihat keberkesanan perancangannya.



"Macam anak baru lahir, nak tunggu berjalan pun ambil masa setahun. Inikan pula nak lahirkan juara dunia.

"Idea beliau sangat bagus dan saya setuju dengan perancangannya. Tetapi kita perlu beri beliau masa untuk melaksanakan rancangannya. Kita ada bincang bagaimana cara untuk membantu skuad perseorangan lelaki negara.

"Selain itu, kita kena beri masa untuk beliau menyesuaikan diri dengan budaya kita yang berbeza dengan budaya Eropah. Begitu juga dengan program latihan pemain, ia memerlukan masa," kata Chong Wei yang dipetik daripada Bernama selepas menerima pingat sempena Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, semalam. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video