Skip to main content

Badminton

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak lupa diri, ikrar sentiasa jadi pencabar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-tang-jie-toh-ee-wei.jpg
Juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mahu menjadikan status itu sebagai azimat untuk menerapkan mentaliti sebagai pencabar dalam setiap kejohanan.  

Bagi Ee Wei, tiada istilah terlalu yakin dengan gelaran itu di sebalik beregu campuran tersebut tumpas kepada wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dengan straight dalam tempoh hanya 38 minit dalam final Masters China semalam.

“Bagi kami, gelaran juara dunia sudah pun berlalu. Masih banyak perkara perlu dipelajari daripada pemain bertaraf dunia.

“Fokus kami hanyalah untuk berjuang menentang lawan dan memberi tekanan seperti pasukan pencabar,” katanya di Shenzhen Arena.

Tang Jie pula berikrar untuk terus memperbaiki permainan mereka selepas set pertama yang kurang memberangsangkan dan perlu segera menangani perubahan strategi dalam pertarungan. 

“Saya akui mungkin kami tidak berada di tahap terbaik hari ini, namun kami tetap perlu terus bermain.

“Selepas ini kami akan menganalisis rakaman perlawanan untuk segera membuat penyesuaian,” katanya menjelang siri jelajah Eropah bulan depan.  




 
Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak. Raket ini sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Dapatkan Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video