Skip to main content

Badminton

Chen Tang Jie-Chan Wen Tse mahu cipta kenangan manis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-tang-jie-chan-wen-tse.jpg
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, akan diberi satu lagi peluang untuk menonjolkan potensi menerusi Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang bermula Selasa depan. 

Selepas penampilan sulung yang meyakinkan dalam Terbuka Taiwan di mana mereka mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada juara dari Indonesia, pasangan ini akan berganding buat kali terakhir di kejohanan laman sendiri. 

Tang Jie, 27, dijangka akan kembali berganding dengan Toh Ee Wei dalam Terbuka Singapura pada 27 Mei depan, namun dia pasti mahu mencipta kenangan manis bersama Wen Tse, 19, di hadapan penyokong tempatan yang sentiasa memberikan sokongan padu.

Tahun lalu, Tang Jie-Ee Wei turut mara ke separuh akhir dalam Malaysia Masters tetap tewas kepada rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang akhirnya menjulang kejuaraan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video