Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hargai sokongan penyokong badminton tanah air
Saufi Tahir
September 2, 2024 19:36 MYT
September 2, 2024 19:36 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berasakan mereka berjaya menebus episod duka di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas muncul juara Terbuka Korea Selatan 2024, semalam.
Walaupun tahap pertandingan berbeza berbanding di Paris, kejayaan ini perlu dijadikan sebagai suntikan motivasi sekaligus merupakan penanda aras dengan momentum sedia ada perlu dikekalkan.
"Kemenangan ini sangat penting buat kami, ini merupakan kejohanan Super 500 pertama kami. Tetapi kami perlu pandang kehadapan dan terus bekerja keras.
"Yang penting adalah konsisten dan perlu fokus ketiak beraksi di dalam gelanggang," kata Toh Ee Wei.
Dalam pada itu, Tang Jie pula menghargai segala sokongan daripada peminat badminton tanah air yang tidak berhenti berada di belakang semua pemain negara dengan kejayaan ini.
"Sebagai penyokong bukan beri sokongan pada kami sahaja, tetapi buat semua atlet juga. Jadi kami hargai kerana mereka berikan masa untuk melihat kami beraksi. Kami sangat menghargainya." katanya Chen Tang Jie.