Selepas pasangannya Goh Liu Ying bersara dalam Terbuka Malaysia 2023 - dalam masa terdekat bagi tahun 2024, gilliran pasangannya Chan Peng Soon pula yang akan ikut jejak langkahnya untuk bersara dalam kejohanan yang sama.

Timbul persoalan siapa pula yang akan bergandingan dengan Cheah Yee See iaitu pasangan beregu campurannya setelah Peng Soon gantung raket nanti?

Untuk rekod, sepanjang bersama-sama dalam kategori beregu campuran Peng Soon- Yee See berjaya rangkul kejuaraan di Terbuka Russia pada 2017 dan juga yang terbaru di Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023.

Turun dan berikan sokongan untuk saksikan aksi kedua-duanya di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 yang bakal jadi pentas terakhir bagi Peng Soon-Yee See nanti?