Cedera metatarsal: Soh Wooi Yik berdepan rehat lama
Shaiful Shamsudin
Ogos 27, 2024 14:07 MYT
Ogos 27, 2024 14:07 MYT
Selepas hampir sebulan menderita kecederaan metatarsal, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, akhirnya mendedahkan masalah yang dihadapi Soh Wooi Yik.
Rexy yang ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, menjelaskan bahawa gandingan kepada beregu Aaron Chia itu begitu cekal menanggung kesakitan di jari kaki kanan yang mula membelenggunya dalam pertarungan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Dia, bagaimanapun, mampu melewati cabaran itu dengan mengatasi wakil India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy sebelum perjalanan mereka disekat dalam separuh akhir.
Biarpun Wooi Yik berdepan rehat yang panjang dan tidak menolak berkemungkinan terpaksa berehat hingga akhir musim ini, Rexy mengharapkan keajaiban untuk menurunkan beregu utama itu dalam Terbuka Hong Kong yang bermula 10 September depan.
"Kalau ikutkan hasil (pemeriksaan), dia perlukan masa yang lama untuk pulih.
Wooi Yik mengalami keretakan jari kaki sebelah kanan. Adakah dia bakal berehat panjang atau dia mampu untuk pulih menjelang Terbuka Hong Kong? Laporan Nadi Arena malam ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/U3GxGvqWKf
— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami masih menunggu rawatan penuh dan menunggu saranan doktor (sebagai proses selanjutnya).
"Kami sedang berusaha agar dia dapat beraksi dalam Terbuka Hong Kong, tapi masih belum pasti," kata Rexy di Bukit Kiara.