'Cakap tak serupa bikin'
Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, melontarkan pandangan peribadi mengulas persembahan pemain kebangsaan yang hanya 'pandai cakap' tetapi tidak mampu menterjemahkannya atas gelanggang.
Menurutnya, Leong Jun Hao belum layak berada atau menggantikan tempat yang disandarkan kepada jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, melihat kepada prestasi semasa.
Secara keseluruhan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 itu menyifatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu meneroka pemain akar umbi yang berkualiti bermula sekarang dan merangka program berkesan andai berhasrat meletakkan Malaysia terus berada dalam kelompok terbaik dunia.
"Saya rasa daripada segi standard itu jauh sangat.
"Jika mahu mendapatkan lagi pemain berbakat, BAM harus melakukan sesuatu daripada bawah.
"Tidak boleh terlalu mengharapkan beberapa pemain utama.
"Malaysia tidak mempunyai ramai pemain yang boleh diketengahkan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Dalam masa sama, Rashid Sidek turut berpandangan gabungan Chen Tang Jie yang turut diletakkan dalam kategori beregu lelaki bersama Wong Vin Sean merupakan langkah progresif membentuk pemain versatil dan boleh diguna pakai terutama dalam aksi berpasukan.
"Itu adalah keputusan terbaik dan perkembangan positif.
"Mungkin dia mahu meningkatkan prestasi dirinya sendiri," tambahnya.

“Cakap tak serupa bikin”
— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 9, 2025
Demikian penegasan legenda perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Rashid Sidek mengulas persembahan pemain negara yang hanya ‘pandai cakap’ tetapi tidak mampu menterjemahkannya di dalam gelanggang.
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/UKtVhUuxbz