Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membawa masuk badan profesional bagi memperbaik segala aspek dengan sasaran bakal muncul dalam 3 terbaik dunia menjelang Olimpik Los Angeles 2028.

Dengan memilih PEMANDU Associates sebagai perunding, BAM mahu lebih telus dalam perbaiki mutu sukan badminton sama ada dari segi pengurusan mahupun keputusan.

Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria berkata , perlantikan PEMANDU dalam tempoh 5 tahun ini juga di anggap sebagai jalan singkat untuk BAM dan sukan badminton perbaiki lompong yang sering berlaku khusus melibatkan prestasi pemain negara.

"Kita mewujudkan jalan dan usaha untuk rakyat Malaysia sama-sama merasai angan-angan itu, dan sebagai golongan professional kita melihat perkara ini melalui kajian, apa sebenarnya masalahnya?

"Kita nak tembungkan usaha dan aspirasi itu seiiring dengan rakyat Malaysia untuk berada di situ, tiga yang terbaik satu hari nanti. Bukannya satu juara dunia tetapi ramai lagi juara dunia.

Dalam pada itu Presiden PEMANDU Associates, Datuk Seri Idris Jala sahut cabaran dan harapan besar yang di suarakan BAM dengan meletakkan tempoh 5 tahun sebagai tempoh matang untuk tuai hasil.

"Ianya bukan sesuatu yang mustahil dan jangka masa lima tahun adalah sangat logik kerana ideanya adalah dalam tempoh empat tahun kita akan melihat hasilnya menuai dan dengan usaha sama dengan presiden dan semua pemegang taruh akan menjadikan ianya realti kelak.