Skip to main content

Badminton

Bola keranjang bentuk corak permainan Viktor Axelsen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

viktor.jpg
Juara dua kali Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, mendedahkan bagaimana dia beralih kepada bola keranjang untuk menggunakan ketinggiannya sebagai kelebihannya ke atas pencabarnya. 

Berketinggian 1.94m (6 kaki 4 inci), kelebihan fizikalnya itu mengatasi seteru perseorangan lelaki yang lain.

Rangka tinggi pemain Denmark itu pada mulanya menimbulkan masalah untuknya menentang lawan yang lebih pendek dan tangkas.

Begitupun, Axelsen menemui cara untuk menggunakan ketinggiannya sebagai kelebihan menerusi bola keranjang.

"Pesaing saya, mereka tidak mempunyai peluang untuk berlatih dengan ketinggian dan gaya permainan yang sama seperti saya. Jadi saya mengubahnya.

"Saya tidak boleh mengubah ketinggian saya tetapi saya boleh menggunakan apa yang saya ada dengan cara yang terbaik. Jadi saya benar-benar memanfaatkannya. Saya mempunyai kekuatan otot yang cukup dan ketangkasan di gelanggang. Saya menjadikan bola keranjang sebagai rujukan. 




"Tinggi, berat (pemain), betapa lincahnya pergerakan mereka. Saya hanya menumpukan sepenuhnya terhadap segala perkara yang boleh saya kawal berbanding memberi tumpuan kepada semua perkara buruk dan rintangan ketinggian," katanya pada podcast The Average Not Average.

Pemain berusia 31 tahun itu juga mengakui dia sangat kurus pada satu ketika kerana dia mahu menjadi seringan yang mungkin bagi memudahkan pergerakannya di gelanggang.

"Saya hanya makan sedikit. Berat saya 12.5 kilogram lebih ringan daripada sekarang."

Pemain itu kini dalam pemulihan selepas menjalani pembedahan belakang sejak Mac lalu dan dia akan diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Advertisement

Must Watch Video