BADMINTON
Bintang badminton Kanada alami kecederaan rusuk diserang lelaki tidak dikenali
Bintang perseorangan wanita Kanada, Michelli Li, telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan terlantar di katil selepas tewas dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, demikian kongsi pemain itu di media sosial.
Pemain nombor 20 dunia itu berkata insiden tersebut berlaku selepas dia tersingkir dalam aksi straight set kepada pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung, di Birmingham dua minggu lalu.
"Pada hari yang sama saya kalah dalam perlawanan saya di England, seorang gelandangan/pengguna dadah telah memukul tulang rusuk saya ketika saya berjalan di luar hotel. Saya tidak pernah menyangka serangan rambang akan terjadi ke atas saya tetapi ia berlaku dan ia benar-benar mengejutkan.
Iklan
"Saya bernasib baik kerana ada saksi, jadi penyerang itu hanya sempat menumbuk sekali dan syukurlah penyerang itu tidak memegang pisau atau apa-apa yang lebih tajam," katanya yang terbaring di atas katil menderita kecederaan rusuk selama beberapa hari akibat serangan itu.
Namun, Mitchell sudah pulih dan disahkan sihat untuk beraksi di Terbuka Switzerland yang baru sahaja tamat.
Dengan bantuan jurulatihnya dari Malaysia, Woon Kok Hong, Mitchell mara ke separuh akhir acara Super 300 itu sebelum tewas dalam pertarungan tiga set kepada Line Kjaersfeldt dari Denmark.
Pencapaian separuh akhir merupakan penampilan terbaik pemain berusia 33 tahun itu pada tahun ini.
Must-Watch Video