Susulan ketidakpuasan hati beregu lelaki negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik pasca undian Kejohanan Seluruh England yang bakal membuka tirai Mac ini, Jurulatih Beregu Lelaki Negara, Tan Bin Shen tampil meluah pandangan.

Tiada apa yang mampu dilakukan termasuk membuat aduan terhadap pihak Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam memastikan dan mengehadkan pertemuan senegara berlangsung pada awal kejohanan.

"Mereka cakap undian, mereka pakai komputer tetapi saya pun tidak tahu. Saya pun tidakl faham bagaimana dalam undian 32 pemain boleh jadi sebegini. Hari itu semasa Sukan Asia pun perkara sama terjadi.

"Kita pergi jauh-jauh, sekurang-kurangnya janganlah berjumpa rakan senegara pada pusingan pertama. Saya juga terfikir mengapa mereka (BWF) tidak pernah terfikir perkara sebegini," jelas Tan Bin Shen.