Best of 2024: Goh Liu Ying pilih momen Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris
Saufi Tahir
Disember 17, 2024 13:10 MYT
Disember 17, 2024 13:10 MYT
Bekas pemain badminton negara, Goh Liu Ying, memilih aksi menakjubkan Pearly Tan-M. Thinaah di kempen Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai momen terbaik sepanjang tahun ini.
Dia yang sebelum ini berpasangan beregu bersama Chan Peng Soon kagum dengan persembahan yang dipamerkan skuad negara di Paris selepas mara ke pusingan separuh akhir dalam penampilan pertama mereka dengan berharap lebih banyak atlet wanita akan menceburi sukan badminton pada masa akan datang.
Kejayaan menakjubkan Pearly-Thinaah dalam kempen di Olimpik Paris jadi petanda beregu wanita miliki aura luar biasa!? Itu pilihan Goh Liu Ying! Anda pula?? ??? ??? ?? Jom kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V1U8G#Bestof2024 pic.twitter.com/GdO3xwrEhh
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Secara jujurnya saya gembira dengan persembahan Pearly Tan-M. Thinaah di Sukan Olimpik Paris kerana kita memang kekurangan pemain beregu wanita dan boleh mara ke separuh akhir adalah sesuatu keputusan yang mengejutkan.
"Saya berharap kita akan lebih banyak atlet wanita dalam sukan badminton selepas melihat mereka mampu mara ke separuh akhir." katanya kepada Nadi Arena.