Pasukan wanita negara menyerap segala tekanan ketinggalan 0-2 sebelum menghadirkan kejutan 3-2 ke atas Jepun dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City, petang tadi.
Walaupun bermula sumbang dengan perkhabaran salah seorang pemain beregu utama, M Thinaah, terpaksa diketepikan kerana COVID-19 dalam ujian calitan terakhir, ia tidak menghalang wakil tuan rumah mempamerkan kebangkitan.
Perseorangan utama, S Kisona, mengakui dia mendapat pengajaran berguna hari ini selepas gagal mengawal angin di gelanggang itu untuk tunduk 12-12, 16-21 kepada Natsuki Nidaira.
Jepun terus mengorak langkah apabila Riko Gunji menundukkan Eoon Qi Xuan 21-17, 21-7.
Qi Xuan mengakui terjerat dengan permainannya sendiri dalam usahanya mengalahkan juara dunia remaja 2019 itu.
"Saya terlalu cepat mahu mematikan bola (bulu tangkis)", katanya selepas pertarungan itu.
Bagaimanapun, Siti Nurshuhaini Azman kembali menerbitkan sinar untuk misi Malaysia dalam Kumpulan Y itu dengan menundukkan Hina Akechi 21-16 dalam set pertama.
Selepas itu, dia bergelut dan terpaksa menukar percaturan sebelum memuktamadkan keputusan straight set 22-20.
Pearly Tan yang bergandingan dengan Valeree Siow ekoran ketiadaan Thinaah, mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan menjinakkan Rui Hirokami-Yuna Kato 24-22, 21-18.
Momentum cemerlang itu kemudian diteruskan oleh Anna Cheong-Teoh Mei Xing dalam set penentuan dengan Hina Akechi-Riko Gunji.
Juara Cabaran Syed Modi di India bulan lalu itu tidak berdepan masalah untuk menang 21-12, 21-5, seterusnya meletakkan Malaysia mengungguli kumpulan.
Malaysia akan berdepan India dalam cabaran seterusnya esok untuk mengintai laluan ke kelayakan Piala Uber.