Skip to main content

Badminton

Berpasukan Asia: Skuad lelaki negara tiada masalah ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Skuad badminton lelaki negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir di Setia City Convention Centre, Shah Alam sebentar tadi.

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, bagaimanapun, terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum melakar kemenangan 13-21, 21-13, 21-15 ke atas Jeon Hyeok Jin dalam masa sejam tujuh minit.

Turun menyumbangkan mata kedua skuad negara adalah gandingan beregu, Aaron Chia-Soh Woi Yik, yang mengatasi cabaran sengit Kim Hwi Tae-Kim Jae Hwan sebelum menang 21-14, 20-22, 21-19 dalam pertarungan yang memakan masa hampir sejam.

Peseorangan meningkat naik, Ng Tze Yong, kemudian mengesahkan kemaraan skuad negara ke final menerusi kemenangan 19-21, 21-16, 21-12 ke atas Kim Joo Wan.

Seterusnya, Malaysia akan menentang juara bertahan, Indonesia, yang menewaskan Singapura dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, bagi perebutan kejuaraan petang esok.



*Kredit foto: BAM

 

Advertisement

Must Watch Video