Skuad lelaki negara mengikut jejak langkah kem wanita membuka tirai Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dengan langkah kanan.
Malaysia tiada masalah untuk meraih tiga mata lebih awal apabila Lee Zii Jia menepati sasaran selaku perseorangan lelaki utama negara dengan menyumbang mata pertama dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B menentang Singapura di Pusat Konvensyen Setia City, sebentar tadi.
Selepas tiga tahun, Zii Jia memberi tentangan sengit untuk menewaskan juara dunia 2021, Loh Kean Yew.
Pemain dari Kedah itu hanya memerlukan 30 minit sahaja untuk meraih mata pertama buat negara dengan kemenangan mudah, 21-6, 21-14.
Aksi kedua diteruskan dengan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjarakkan jurang mata untuk kedudukan 2- 0.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Danny Bawa Chrisnanta-Welsey Koh, juga dengan keputusan straight set, 21-14, 21-12 dalam aksi yang berlangsung selama 25 minit.
Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong, turun dalam perlawanan ketiga untuk memberi mata kemenangan negara biarpun menerima tekanan dan saingan sengit daripada Jason Teh selepas tewas dalam set pertama 17-21.
Namun, pemain berusia 21 tahun itu tetap enggan memberi kemenangan mudah kepada lawan sekali gus mengheretnya ke set penentuan dengan keputusan 24-22.
Dalam aksi penentuan, mereka saling mengejar mata tetapi semangat tidak putus asa memberi kelebihan buat Tze Yong untuk kemenangan tipis 21-19.
Malaysia akan menentang Kazakhstan esok disusuli pertemuan dengan Jepun.