Skuad badminton lelaki negara menepati ramalan untuk mengetepikan Kazakhstan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Pusat Konvensyen Setia City, sebentar tadi.
Taruhan berbeza skuad lelaki negara dalam aksi kedua peringkat kumpulan yang menyaksikan hanya Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dikekalkan memberi cabaran kepada Kazakhstan.
Barisan pemain muda membuktikan kecemerlangan apabila menang 5-0 ke sekali gus memberi kemenangan kedua buat Malaysia dalam Kumpulan B itu.
Perseorangan negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, tiada masalah untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia biarpun ini kali pertama dipertaruhkan dalam saingan berpasukan.
Bermula dengan kurang agresif, Aidil Sholeh memerlukan masa menyesuaikan dirinya di atas gelanggang untuk memastikan kemenangan mudah.
Pemain berusia 22 tahun itu menundukkan Artur Niyazov dengan 21-11, 21-12 dalam aksi yang berlangsung 26 minit.
"Saya berasa agak tidak selesa sebab kali pertama bermain dalam stadium yang besar.
"Dengan keadaan berangin dan kehadiran ramai penyokong, saya berasa agak gemuruh.
"Selepas mengutip 11 mata, saya mula mendapat momentum dan rentak walaupun pada awalnya kaki berasa agak kaku," kata pemain di ranking ke-111 dunia itu selepas perlawanan.
Aksi kedua diteruskan dengan satu lagi wakil perseorangan, Lim Chong King, juga tiada masalah untuk memastikan Malaysia mendahului 2-0.
Chong King tampil lebih yakin dalam aksi pertamanya musim ini apabila menundukkan Khaitmurat Kulmatov dalam aksi straight set yang berkesudahan 21-11, 21-11.
Pemain muda negara, Jacky Kok, turut lega untuk membalas kepercayaan barisan kejurulatihan yang memberi peluang kepadanya berada dalam skuad taruhan hari ini.
Kepercayaan itu dibalas dengan sumbangan mata kemenangan buat Malaysia apabila Jacky hanya mengambil masa 20 minit untuk menamatkan pertarungan dengan menundukkan Makhsut Tajibullayev 21-8, 21-4.
Dua beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, kemudian memastikan kemenangan 5-0 negara, juga menerusi aksi straight set.