BADMINTON
Beregu profesional negara tagih kepakaran tukang urut
Jurulatih beregu profesional negara, Rosman Razak, mendedahkan masih gagal mendapatkan khidmat tukang urut bagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Ia berikutan kekangan bajet bagi menggunakan khidmat tukang urut yang berkualiti.
Hasrat tersebut telah disuarakan kepada Institut Sukan Negara (ISN), namun masih belum ada perkhabaran atau maklum balas mengenai permohonan itu.
Iklan
"Keadaan fizikal pemain sudah pasti agak menurun sedikit memandangkan mereka akan menyertai kejohanan ketiga berturut-turut.
"Fizikal dan mental untuk mengharungi perlawanan adalah paling penting.
"Prestasi mereka tampak konsisten tetapi ketahanan fizikal mereka perlu dipertingkatkan lagi," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dalam pada itu, Rosman menasihati setiap pemain agar berhati-hati dengan sebarang bentuk tipu helah yang bakal digunakan 'scammer' untuk mengalih perhatian setiap atlet.
Ia berikutan insiden malang menimpa pemain badminton beregu campuran negara, Lai Pei Jing, yang difahamkan kehilangan hampir keseluruhan wang simpanan miliknya kerana ditipu sindiket penipuan.
"Semua pihak harus mengambil iktibar pada masa akan datang, " katanya.
Must-Watch Video