Skip to main content

Badminton

Beregu lelaki negara garang dalam Masters Malaysia 2025, enam wakil rebut slot ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-wooi-yik.jpg
Saingan kategori beregu lelaki di Malaysia Masters 2025 semakin hangat apabila enam pasangan Malaysia bakal turun beraksi hari ini untuk memburu tempat ke suku akhir di Axiata Arena.

Juara terbuka Thailand 2025 baru baru ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, tampil meyakinkan dengan kemenangan straight set ke atas gandingan Chinese Taipei di pusingan awal diikuti pilihan kedua kejohanan, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang mudah menewaskan wakil Perancis juga dengan kemenangan straight set. Atas kertas, kedua pasangan ini dijangka tiada masalah berdepan wakil dari Chinese Taipei untuk ke suku akhir. 

Pilihan ke 5 kejohanan, Man Wei Chong/Tee Kai Wun pula akan berdepan wakil Jepun, Mirodikawa/Yamashita dan ini bakal jadi pertemuan pertama antara mereka berdua. Berdasarkan ranking, kelebihan lebih berpihak kepada wakil negara.

Manakala tiga lagi pasangan dijangka berdepan laluan sukar – Hon Jian/Haikal (vs beregu utama Jepun, Hoki/Kobayashi), Low Hang Yee/Ng Eng Cheong (vs Astrup/Rasmussen, pilihan utama kejohanan) dan Kang Kai Xin/Aaron Tai (vs Rasmus/Frederik dari Denmark), – namun tetap berpeluang lakukan kejutan seperti yang mereka lakukan sebelum ini lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong tuan rumah. 

Dengan enam wakil beregu lelaki dari 10 wakil Malaysia di puisngan 16 terbaik, ini jelas menunujukkan bahawa kategori beregu lelaki kini menjadi sandaran utama badminton Malaysia di pentas dunia. Kejayaan gandingan senior serta kemunculan pelapis muda menunjukkan persaingan sihat antara pemain untuk lebih menyinar di pentas tertinggi.
 

Advertisement

Must Watch Video