Skip to main content

Badminton

BATC: Ini barisan terbaik negara -- Sairul Amar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sairul-amar.jpg
Bekas perseorangan lelaki negara, Sairul Amar Ayob, berasakan barisan perseorangan lelaki yang disusun bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam bermula Selasa ini merupakan pilihan terbaik yang dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jelasnya, sandaran sudah pasti tertumpu kepada Lee Zii Jia, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao bagi mengisi tiga slot utama sektor perseorangan lelaki kebangsaan. 

Kombinasi pemain muda dan senior itu dilihat senjata paling ampuh buat Malaysia untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.

Sebagai rekod, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Chinese Taipei, Kazakhstan dan Brunei.

"Setakat ini kalau kita tengok barisan pemain, Zii Jia, Tze Yong dan Jun Hao, saya rasa itu memang barisan perseorangan terbaik yang Malaysia ada ketika ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya berpuaas hati daripada segi senarai perseorangan negara kerana ia gabungan pemain senior dan pelapis.

"Daripada segi peringkat kumpulan, saya rasa tiada masalah kerana untuk layak ke Piala Thomas, hanya memerlukan kedudukan empat teratas (kejohanan).

"Jadi, daripada segi barisan pemain, saya rasa tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan."


 

Advertisement

Must Watch Video