Skip to main content

Badminton

BAMTC: Kempen skuad negara di Qingdao berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-soon-huat-shevon-jemie-lai.jpg
MALAYSIA 2 INDONESIA 3

Skuad negara menutup awal kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China berikutan kekalahan 2-3 kepada Indonesia, sebentar tadi. 


Malaysia yang memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang melolosi Kumpulan B di Qingdao pada hari ini mempertaruhkan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, yang menghitung untuk mengulangi prestasi serupa sebagaimana ketika menundukkan Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam Masters Indonesia 2025 tidak kesampaian. 

Biarpun memulakan aksi dengan kemenangan 21-17, namun ia belum memadai untuk mereka mengelak kekalahan 13-21, 18-21.

Indonesia menjadikan 2-0 selepas Komang Ayu Cahya Dewi memerlukan 37 minit untuk mengetepikan K Letshanaa dengan straight set.




Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, berhasil melanjutkan talian hayat skuad negara dengan kemenangan 2-1. 

Dia diberikan tentangan hebat oleh Yohanes Saut Marcellyno sebelum mengecapi kemenangan 11-21, 22-20, 21-12 dalam tempoh1 jam 20 minit. 

Begitupun, impian kemaraan Malaysia dipadamkan oleh beregu wanita, Meilysa Trias Puspita Sari-Rachel Allessya Rose, selepas Teoh Pei Kee-Go Mei Xing mempamerkan prestasi tidak menentu yang berkesudahan 21-18, 7-21, 17-21, sekali gus menutup peluang skuad negara ke pusingan seterusnya susulan tewas kepada Hong Kong 2-3 semalam. 




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video