BADMINTON
BAMTC: Skuad negara terima pengajaran berguna
Pemain badminton negara, Leong Jun Hao, mengakui telah memberikan segala-galanya dalam perlawanan menentang Indonesia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2024.
“Bagi saya, apa yang penting adalah memberikan segala-galanya.
“Walaupun saya ketinggalan, saya tidak mahu terbeban dengan tekanan.
Iklan
“Fokus utama saya hanyalah untuk mengumpul mata, melepasi halangan, dan memberikan aksi terbaik di gelanggang.
“Saya tidak merasakan sebarang tekanan terhadap pihak lawan, sebaliknya apa sahaja yang dilakukan harus mencapai tahap maksimum,” kata Leong Jun Hao.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, mengakui semakin matang dan yakin setiap kali beraksi di gelanggang, terutama dalam kejohanan berprestij.
“Saya rasa kini kami lebih memahami antara satu sama lain dan sentiasa memilih untuk saling menyokong di gelanggang.#BAMTC2025 Vlog | Qingdao Diaries - Ep 5️⃣A tough end to our campaign. Time to regroup, improve and prepare for the next challenge.#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/DD3j7fj8ar— BAM (@BA_Malaysia) February 13, 2025
“Dari situ, keyakinan kami semakin meningkat dan kami dapat mencapai prestasi terbaik,” ujar Kai Wun.
Pemain beregu lelaki negara, Man Wei Chong, turut menjelaskan bahawa keserasian gandingannya bersama Tee Kai Wun semakin berada pada tahap optimum, meskipun skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 kepada Indonesia.
“Kami telah mempelajari banyak perkara daripada kejohanan ini.
“Kini, kami akan kembali ke sesi latihan dan terus bekerja keras untuk memperbaiki setiap aspek permainan,” ujar Wei Chong.
Malaysia gagal melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2024 selepas tewas 2-3 di tangan Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B yang berlangsung di Qingdao, China, sebentar tadi.
Kekalahan ini merupakan yang kedua berturut-turut buat skuad negara selepas turut mengalami nasib yang sama dalam perlawanan pembukaan kumpulan, apabila tewas 2-3 kepada Hong Kong, semalam.
Must-Watch Video