BADMINTON
BAMTC: Semangat berpasukan tumpuan utama Soon Huat-Shevon
Setelah sekian lama, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, kembali menjejakkan kaki di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Pasangan suami isteri itu dalam persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Asia Berpasukan Campuran (BAMTC) 2025 yang akan berlangsung di Qiandao, China bermula 11 Februari depan.
"Kami pernah mengharungi BATC dan kami sememangnya bersedia untuk menyertai pasukan kebangsaan.
"Selepas berehat dan meraikan Tahun Baru Cina, kami kini sudah kembali menjalani persiapan menghadapi BATC.
"Kami bangga berpeluang mewakili negara semula," katanya.
Dan Soon Huat-Shevon dilaporkan bakal memulakan latihan pusat bersama rakan yang lain esok.
Tambah Soon Huat: "Kami berikan tumpuan kepada semangat berpasukan.
"Kami akan berdepan Hong Kong dan Indonesia. Kami berpeluang untuk mara ke suku akhir terlebih dahulu sebelum memenuhi sasaran ke separuh akhir."