BADMINTON
BAMTC: Kem negara bersemangat di Qingdao, Pang Ron ketuai cabaran negara
Menjelang perlawanan pembukaan kempen Malaysia di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMT), jurulatih perseorangan lelaki negara, K. Yogendran, menyifatkan kem negara dalam keadaan bersemangat dalam pemburuan kemenangan pertama menentang Hong Kong, esok.
Selepas menjalani sesi ujian gelanggang, dia menjelaskan kelajuan angin tidak begitu membimbangkan namun hanya penggunaan bulu tangkis sedikit perlahan.
"Hari ini sesi latihan bagus, pemain-pemain bertenaga dan bersemangat. Saya lihat mereka saling menyokong satu sama lain, ini permulaan baik kerana paling penting adalah semangat berpasukan.
Iklan
#BAMTC2025 Vlog | Qingdao Diaries - Ep 2️⃣✅ 6-hour journey to 🇨🇳✅ Birthday 🤴🏻✅ Message from the team Captain 🫡#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/hmEuOTCYVu— BAM (@BA_Malaysia) February 10, 2025
"Untuk sesi latihan sangat bagus, petang dan esok kami ada sesi latihan lagi sebelum saingan bermula Rabu ini," katanya.
Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, dilantik sebagai ketua pasukan, berasa teruja dan menasihati rakan-rakan agar sedia untuk beraksi ketika merebut mata-mata penting dalam kejohanan tersebut.
"Ini kali pertama saya dilantik sebagai kapten, berasa gembira dan teruja. Saya harap dapat lakukan yang terbaik.
"Kami akan ikuti jurulatih untuk perbaiki kekurangan sebelum beraksi. Kami perlu lebih bersemangat." tambahnya.
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak kejohanan itu mula dipertandingkan pada 2017 dan akan berdepan musuh tradisi iaitu Indonesia, Khamis ini.
Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir dan cabaran kem badminton negara berdepan Hong Kong bermula esok seawal jam 9.30 pagi.
Must-Watch Video