BAM umum senarai 34 pemain musim 2025, Pearly Tan-M Thinaah kekal kemudi beregu wanita

Najmi Iman
Oktober 2, 2024 17:11 MYT
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengumumkan senarai 34 pemain bagi membawa cabaran skuad senior bagi tahun 2025 yang diterajui oleh Pengarah Kejurulatihan, Rexy Mainaky.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, akan mengetuai pasukan kebangsaan bagi menghadapi musim 2025 selain Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Ng Tze Yong dan beberapa nama lain yang akan menggalas tanggungjawab menyertai siri jelajah Terbuka BWF.
Bagi kategori beregu wanita, penilaian pemain akan dijalankan bagi menentu hala tuju seterusnya sektor tersebut oleh ketua jurulatih yang baharu kecuali Pearly Tan-M. Thinaah.

The Badminton Association of Malaysia (BAM) has revealed its 34-member national senior team for 2025. The selection process, which involved detailed discussions between the BAM Management and the coaching team led by Director of Coaching, Rexy Mainaky, aims to build a strong and… pic.twitter.com/TnSM25N4DE

— BAM (@BA_Malaysia) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, BAM merakamkan setinggi penghargaan kepada 13 pemain muda yang akan meninggalkan badan induk itu atas dedikasi dan penuh semangat ketika mewakili Malaysia sebelum ini.

THANK YOU, PLAYERS ???? The Association expresses its deepest appreciation to several players who will be transitioning out of the national squad. BAM acknowledges their dedication and contribution to the sport and the nation. Anna Cheong Ching Yik, Low Yeen Yuan (women’s… pic.twitter.com/SzeP8txRp7

— BAM (@BA_Malaysia) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #BAM #Persatuan Badminton Malaysia
;