'Misi menjadi juara Piala Thomas 2026!'
Itulah antara tumpuan yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa kali ketiga Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.
Namun, bersandarkan kepada prestasi semasa perseorangan lelaki negara, adakah ia realistik?
Melihat kepada barisan pemain perseorangan yang ada ketika ini, Leong Jun Hao di ranking ke-25, Justin Hoh di ranking ke-37, Aidil Sholeh di ranking ke-42 dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia di ranking ke- 52, situasi ini jelas tampak sukar jika segalanya diukur kepada kedudukan dunia!
BAM memiliki pandangan berbeza mengenai matlamat tersebut sambil menyifatkan barisan kejurulatihan kini giat mempersiapkan pemain perseorangan untuk transformasi ke aras lebih tinggi.
"Kami berbincang bersama barisan kejurulatihan berkenaan pelan untuk sektor perseorangan lelaki amnya.
"Piala Thomas ialah acara berkumpulan dan beregu lelaki negara dilihat tiada masalah cuma harapan perseorangan lelaki," katanya di Nadi Weekend.
Sementara itu, mengulas tentang undian Kejohanan Dunia BWF, presidennya,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, optimis kem beregu lelaki dan wanita negara miliki peluang cerah untuk sekurang- kurangnya layak ke pentas final.
"Berdasarkan ranking semasa, saya rasa sasaran itu adalah berpatutan.
"Saya harap mereka dapat menampilkan persembahan terpuji," tambahnya.